Pantun Selera Warisan


Putaran dunia semakin cepat,
Maklumat diterima sekelip mata;
Lemang, rendang, nasi himpit, ketupat,
Selera warisan budaya kita.





Daun kelapa melambai-lambai,
Pohonnya rendang di tanah subur;
Makanan tradisi perlu disemai,
Semoga nanti tidak berkubur.





Segaknya gadis berbaju kebaya,
Sungguh anggun jelas kelihatan;
Dodol dan lontong pembuka selera,
Apa agaknya katamu tuan?







Seminggu sekali pergi ke pekan,
Pergi ke pekan menaiki kereta;
Rasanya lazat enak dimakan,
Itulah pukulan tempoyak kita.







Kuih bangkit putih warnanya,
Dihidang sama kuih baulu;
Marilah cuba resepi lama,
Kekalkan warisan orang dahulu.





Ke Teluk Intan pergi bersantai,
Pergi bersama teman dan rakan;
Tempeyek dan putu kegemaran ramai.
Menjadi hidangan sepanjang zaman.






Latihan
Berdasarkan petikan pantun di atas, jawab soalan-soalan berikut:
1. Nyatakan makanan tradisional yang terdapat dalam pantun.
2. Berikan maksud perkataan-perkataan yang bercetak condong.
3. Mengapakah makanan tradisional perlu dipertahankan oleh masyarakat kita?










Ulasan

Catatan Popular