Pantun Negaraku Merdeka
Jangan
dibuang tembikar lama,
Simpanlah
untuk buat koleksi;
Pelbagai
bangsa dan juga agama,
Hidup bersatu bertoleransi.
Segala janji
hendaklah dikota,
Supaya
urusan menjadi mudah;
Dunia
menyanjung negara kita,
Kemajuannya terserlah sudah.
Sungguh
masyhur negeri Melaka,
Lahirnya
pahlawan gagah perkasa;
Negara kita
aman merdeka,
Kedaulatannya
kekalkanlah sentiasa.
Amalkan
sentiasa ajaran guru,
Di dalam
hati sematkan sentiasa;
Wahai rakan
kami berseru,
Majukan
negara setiap masa
Ulasan