kata bilangan , penggunaan kata yang tidak tepat
Kata Bilangan
1.Digunakan untuk menghitung sesuatu.
2.Terbahagi kepada:
(a)kata bilangan
tentu :
dua, lima,
sepuluh
(b)kata bilangan
tak tentu : beberapa, sesetengah, semua
(c)kata bilangan
pecahan : suku, setengah, satu pertiga
(d)kata bilangan
pisahan : masing-masing, setiap, tiap-tiap
(e)kata bilangan
himpunan : berbagai-bagai, berpuluh-puluh, keenam-enam
(f )kata bilangan
tingkat : pertama, kedua, ketiga
Latihan :
Isikan tempat kosong berikut berdasarkan pilihan jawapan di
bawah.
setengah beratus-ratus pertama
tiap-tiap pelbagai masing-masing
1. Saya menunggu kedatangannya selama _____________
jam,iaitu dari pukul 3.30
hingga 4.00
petang.
2. Pada hari _____________,kami dibawa melawat ke ladang
teh.
3. ______________ orang menyertai perarakan Hari Kebangsaan.
4. Semua penghuni asrama dikehendaki berada di dalam bilik
_______________ sebelum
jam sebelas malam.
5. Kami pergi memancing pada ______________ hari Sabtu.
6. ______________ ragam manusia dapat dilihat di tempat itu.
Penggunaan Kata yang Tidak Tepat
Bentuk soalan dalam peperiksaan.
1.Dewan sekolah yang baru siap dibina itu akan ______________
esok.
A.diresmikan C.dirasmi
B.dirasmikan
D.diresmi
2.Keluarga saya akan pergi ______________ ke Pulau Langkawi.
A.pelancong C.melancong
B.pelancung D.melancung
3._______________ yang berpendapatan rendah harus segera
dibantu.
A.golongan
C.tergolong
B.gulungan D.tergulung
4.Para _______________
berpuas hati dengan persembahan mereka.
A.menuntun
C.penuntun
B.menonton D.penonton
Penggunaan kata yang tidak tepat
Perhatikan makna perkataan yang tepat dan perbezaan ayat
untuk menjelaskan maksud penggunaan yang tepat.
1.belok dan blok
(a)belok : mengubah
halaman
(b)blok : deretan
rumah yang tak terpisah.
Ayat
(a)Dia membelok
ke jalan baru itu.
(b)Syarikat itu
bercadang membina beberapa blok rumah lagi.
2.belot dan belut
(a)belot : berpihak kepada musuh atau berpaling tadah
(b)belut : sejenis ikan yang panjang dan licin
kulitnya seakan-akan ular.
Ayat :
(a) Askar-askar
yang belot dalam pertempuran itu akan dihadapkan ke mahkamah.
(b) Rupa
ikan belut itu seakan-akan ular.
3. Cocok dan cucuk
(a) cocok :
sepadan
(b) cucuk :
menikam dengan sesuatu yang runcing dan tajam
Ayat :
(a) Kerja
itu tidak cocok dengan kelulusannya.
(b) Gadis
itu memakai cucuk sanggul.
4. Jemput dan undang
(a) jemput : pergi
atau datang mengambil
(b) undang :
mengajak atau mempersilakan
Ayat :
(a) Saya
akan menjemput abang di stesen bas.
(b) Saya
akan mengundang kawannya ke majlis perkahwinannya.
5. Pedalaman dan pendalaman
(a) Pedalaman
: kawasan yang terpencil
(b) pendalaman :
usaha untuk mendalamkan sesuatu
(1)
Ayat :
(a) Penduduk
di kawasan pedalaman itu belum mendapat bekalan elektrik.
(b) Pendalaman
sungai itu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.
6. Seloroh dan seluruh
(a) Seloroh :
senda gurau
(b) seluruh :
semua
Ayat :
(a) Berita
kematian Hani Mohsin tersebar ke seluruh negara.
(b) Mereka
sedang berseloroh sesame sendiri.
7. Tembok dan tembuk
(a) Tembok :
dinding atau benteng
(b) Tembuk :
tembus atau berlubang
Ayat :
(a) Tembok
itu dibina oleh penduduk kampong secara bergotong-royong.
(b) Kelapa
itu tembuk kerana ditebuk tupai.
8. Pendapat dan pendapatan
(a) Pendapat :
pandangan
(b) Pendapatan :
hasil pencarian (gaji atau upah)
Ayat :
(a) Pada
pendapat saya, dia akan memenangi pertandingan itu.
(b) Pendapatannya
yang kecil itu cukup untuk seminggu sahaja
9. Tempoh dan tempuh
(a) Tempoh :
jangka waktu untuk bertangguh
(b) Tempuh :
melanggar atau mengharung
Ayat :
(a) Mereka
dikehendaki menjawab soalan itu dalam tempoh dua puluh saat.
(b) Sepanjang
perjalanannya, dia menempuh pelbagai halangan.
(2)
Ulasan